Kelulut

Selamat bertemu kembali. Info yang akan dibawa dari Taman Etnobotani kali ini berkaitan spesies lebah yang sangat banyak manfaatnya. Lebah terbahagi kepada jenis bersengat dan tidak bersengat. Kelulut panggilan umum untuk lebah tidak bersengat genera Trigona. Trigona ialah genus terbesar dalam kalangan lebah tidak bersengat. Lebah tidak bersengat berbeza dari segi saiz, yakni lebih kecil berbanding lebah tualang. Lebah tidak bersengat boleh didapati di banyak negara tropika dan subtropika seluruh dunia.

Kelulut

Daripada kajian yang dijalankan di seluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi. Di Malaysia sahaja  terdapat 29 spesies lebah trigona telah dikenal pasti.
TE telah memulakan langkah mengumpul spesies kelulut. Setakat ini sebuah log kelulut spesies itama telah ditempatkan dalam TE. Koloni ini diperoleh dari penternak tempatan pada oktober tahun 2015. Koloni ini telah menghasilkan madu dan telah dituai beberapa kali. Madunya sedikit masam dan berwarna perang gelap. Semasa peringkat awal diperoleh perkembangan agak lambat memandangkan waktu tersebut ialah musim hujan.
Usaha berterusan dilakukan bagi melestarikan koloni ini dengan menanam jenis-jenis bunga dan pokok bagi membekalkan madu serta getah.

Kelulut di Taman Etnobotani

Morfologi
Sedikit maklumat tentang rupa bentuk  kelulut yang dapat dikongsikan di sini. Dengan saiz dari 3 – 8 mm, kelulut sangat lincah bergerak. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Ia mempunyai sepasang mata yang sangat lebar, sepasang antena, mulut muncung yang panjang serta sepasang sayap.

Kepentingan kelulut
Pada umumnya, kelulut aktif sepanjang tahun kecuali musim hujan. Kelulut pekerja keluar dari sarang seawal pukul 7 pagi untuk mencari madu. Dalam masa yang sama ia juga mengumpul debunga tumbuhan yang dilawatinya untuk dijadikan makanan koloni. Kelulut gemar melawati tumbuhan berbunga kecil berjambak atau berkelompok. Oleh yang demikian sangat besar peranannya sebagai agen pedebungaan bagi tumbuhan buah-buahan seperti durian, rambutan, longan , mangga, belimbing dan banyak lagi.

Madu
Penternakan kelulut di Malaysia dilakukan dengan tujuan mendapatkan madu, roti dan propolis. Banyak sekali manfaat daripada hasilan lebah kelulut terutama madunya yang telah diketahui umum baik untuk makanan kesihatan.
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membangunkan penyelidikan yang membuktikan bahawa madu kelulut mempunyai testimoni dan kesannya dibuktikan secara saintifik.

Secara umumnya bahan utama yang terkandung dalam madu kelulut adalah karbohidrat, protein dan asid amino, vitamin, mineral dan antioksidan serta bahan-bahan lain seperti asid organik dan hidroksimetifurfural.

Madu kelulut kebiasannya mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu biasa. Selain itu, madu kelulut juga turut mempunyai asid fenolik iaitu sejenis bahan antioksidan mudah serap dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import.

Madu kelulut bergantung rasa pada bunga yang dilawatinya. Kebanyakan spesies menghasilkan madu yang sedikit masam. Walau bagaimanapun terdapat spesies damar yang madunya manis seperti juga madu lebah tualang. Pernah juga berlaku kes terpencil yang mana madu mempunyai rasa pahit tanpa sedikitpun rasa manis.
Ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna bergantung musim iaitu jenis bunga yang dilawati. Misalnya madu putih dihasilkan pada musim pokok getah berbunga, manakala madu berwarna kehitaman terhasil kala kelulut melawati pokok-pokok hutan.

Madu Kelulut

Morfologi
Dengan saiz dari 3 – 8 mm, kelulut sangat lincah bergerak. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Ia mempunyai sepasang mata yang sangat lebar, sepasang antena, mulut muncung yang panjang serta sepasang sayap.

http://www.lebahkelulut.com/kenali-leba-kelulut-trigona/
https://en.wikipedia.org/wiki/Trigona_(bee)

2 pandangan di “Kelulut”

  1. Sangat bagus ,terima kasih! Masukkan jenis pokok yang diambil getah oleh kelulut dan makanan kelulut selain madu bunga. tk.

    1. Terima kasih. Kelulut memerlukan getah dari pelbagai pokok bergetah seperti mangga, manggis dan pokok2 hutan. Getah ini diperlukan untuk membuat Sarang. Selain madu, kelulut pekerja mengumpul debunga yang akan diproses menjadi roti (bee bread).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *