Kelulut telah mula diternak di Taman Etnobotani pada tahun 2017. Pada tahun 2020 Jabatan Sains telah menambah satu lagi sarang kelulut dengan bantuan Cikgu Saiful Bahri bin Omar. Setakat ini madu kelulut telah dijual kepada pensyarah dan staf IPGKTAR.
Disediakan oleh: Kamariah Hj Jini, Jabatan Sains, IPGKTAR
Selamat bertemu kembali. Info yang akan dibawa dari Taman Etnobotani kali ini berkaitan spesies lebah yang sangat banyak manfaatnya. Lebah terbahagi kepada jenis bersengat dan tidak bersengat. Kelulut panggilan umum untuk lebah tidak bersengat genera Trigona. Trigona ialah genus terbesar dalam kalangan lebah tidak bersengat. Lebah tidak bersengat berbeza dari segi saiz, yakni lebih kecil berbanding lebah tualang. Lebah tidak bersengat boleh didapati di banyak negara tropika dan subtropika seluruh dunia.
Daripada kajian yang dijalankan di seluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi. Di Malaysia sahaja terdapat 29 spesies lebah trigona telah dikenal pasti. Teruskan membaca “Kelulut”