Bunga Kesidang / Kerak Nasi

Nama Botani Vallaris glabra
Nama Lain Kerak Nasi, Pokok Kesidang
Famili Caprifoliaceae

Pokok Kesidang merupakan sejenis pokok renek yang memanjat, berasal dari Kepulauan Jawa. Daunnya bujur berwarna hijau muda serta mempunyai urat-urat yang jelas. Ia merupakan tumbuhan asli di Asia Tenggara dan kini ia banyak di tanam di serata kawasan tropika dan subtropika.

Ia merupakan pokok renek yang boleh tumbuh setinggi dua meter. Pokoknya jenis rendang dan mempunyai banyak dahan. Daunnya pula terdiri daripada jenis majmuk. Susunan daunnya pula secara bertentangan. Daun Kerak Nasi boleh dikenali melalui bentuknya yang bujur memanjang tirus serta tepi daun bergerigi. Kulit batang dan daun Kerak Nasi mempunyai getah berwarna putih.

Teruskan membaca “Bunga Kesidang / Kerak Nasi”

Pokok Bebuas

Bebuas, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Bebuas ialah sejenis tumbuhan renek yang asalnya tumbuhan liar tetapi kini banyak di tanam di halaman rumah. Pucuknya biasa dijadikan ulam oleh masyarakat melayu kerana rasanya yang agak pahit dapat menambah selera makan serta teksturnya yang rangup dan menyelerakan. Selain daripada di makan sebagai ulam bersama sambal belacan, pucuk bebuas juga boleh dijadikan kerabu. Bebuas merupakan tumbuhan yang senang membiak melalui kaedah keratan batang. Ia tidak memerlukan penjagaan yang teliti dan mudah hidup subur jika mendapat cahaya matahari dan air yang cukup. Teruskan membaca “Pokok Bebuas”

Pokok Patah Tulang

Pokok Tetulang/ Patah Tulang atau nama saintifiknya, Euphorbia tirucalli banyak terdapat di Malaysia. Mungkin ada yang pernah melihatnya dan di tanam di kawasan halaman rumah sebagai hiasan tetapi ia sebenarnya mempunyai kebaikan dalam merawat pelbagai penyakit manusia.

Selain dapat mengubati patah tulang seperti namanya, ternyata tanaman ini memiliki khasiat lain yang mengagumkan. Teruskan membaca “Pokok Patah Tulang”

Limau Nipis

Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini, ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.

Limau Nipis
Pokok Limau Nipis

Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mi rebus, mi bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.

Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan. Teruskan membaca “Limau Nipis”