Pokok Patah Tulang

Pokok Tetulang/ Patah Tulang atau nama saintifiknya, Euphorbia tirucalli banyak terdapat di Malaysia. Mungkin ada yang pernah melihatnya dan di tanam di kawasan halaman rumah sebagai hiasan tetapi ia sebenarnya mempunyai kebaikan dalam merawat pelbagai penyakit manusia.

Selain dapat mengubati patah tulang seperti namanya, ternyata tanaman ini memiliki khasiat lain yang mengagumkan.

Berikut antara khasiat dan manfaat pokok patah tulang :

  1. Mengeluarkan duri atau kaca yang tertusuk pada kulit
    Jika anda tidak sengaja tertusuk duri, pecahan kaca atau serpihan kayu, getah pokok patah tulang boleh menjadi ubat yang paling mujarab. Getah patah tulang akan mengeluarkan duri, pecahan kaca atau serpihan kayu dengan sendirinya tanpa menyebabkan luka semakin teruk. Caranya, patah pokok patah tulang, lalu titiskan getah pada tempat yang tertusuk lalu di biarkan beberapa saat. Setelah getah mengering, duri dicabut, pecahan kaca atau serpihan kayu dengan bantuan forcep.
  2. Menanggalkan ketuat
    Ketuat sangat mengganggu penampilan. Untuk mengatasinya, cukup sediakan satu genggam batang patah tulang dan direbus dengan air hingga mendidih. Biarkan air rebusan tadi suam, bolehlah merendam bahagian yang ditumbuhi ketuat selama setengah jam. Boleh dilakukan sehingga nampak hasilnya.
  3. Menghilangkan tahi lalat
    Tahi lalat terdapat dua jenis, iaitu tahi lalat yang berukuran tetap dan tahi lalat yang terus membesar serta terasa gatal. Tahi lalat yang dihilangkan menggunakan batang patah tulang adalah tahi lalat yang terus membesar dan terasa gatal. Caranya, gosok tahi lalat dengan air perahan limau . Setelah itu, disapu dengan getah patah tulang menggunakan kapas. Lakukan cara ini beberapa kali dalam sehari secara rutin hingga tahi lalat tersebut mengering.
  4. Sakit gigi
    Belum banyak yang tahu mengenai manfaat batang patah tulang untuk menyembuhkan sakit gigi. Caranya, ambil getah patah tulang lalu disapu pada gigi yang sakit. Lakukan 1 hingga 2 kali sehari kerana getah patah tulang bersifat toksik dan dapat menimbulkan rasa mual sekiranya tertelan.
  5. Meringankan sakit sendi
    Getah batang tanaman ini juga dapat meredakan sakit sendi jika dibalutkan pada bahagian yang sakit.
  6. Mengatasi penyakit kulit
    Getah batang patah tulang boleh mengatasi pelbagai penyakit pada kulit. Ia juga bersifat anti mikrob dan anti kuman di dalamnya dapat mencegah penularan penyakit kulit melalui air ataupun peluh
  7. Mempercepat penyembuhan luka
    Manfaat pokok patah tulang lainnya adalah untuk mempercepat penyembuhan luka berdarah. Hal ini kerana getah patah tulang bersifat anti bakteria sehingga mampu mencegah terjadinya jangkitan.
  8. Mencegah kanser payudara
    Sebelum kanser menyerang kawasan payudara, biasanya akan muncul radangan sebaiknya tekan dengan getah batang patah tulang yang dicampur dengan air panas. Lakukan secara selang 2 kali sehari untuk melihat hasilnya.
Sumber rujukan
  1. https://www.khasiat.co.id/batang/batang-patah-tulang.html
  2. https://khasiatq.blogspot.com/2016/08/20-khasiat-tanaman-patah-tulang-untuk.html

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *