Pokok Som Jawa

POKOK SOM JAWA (POKOK GINSENG JAWA)

Pokok Som Jawa merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara dan Tengah. Nama botaninya Talinum paniculatum Gaertn. Secara morfologi dan kandungan kimianya sama dengan pokok Akar Som. Pokok Som Jawa dan juga pokok Kolesom dikenali juga sebagai “Ginseng Jawa”
Berbanding pokok ginseng jawa ( talinum pani
culatum) pokok ni mempunyai bunga pink besar, buah bujur dan rantingke buah yang lebih lembut serta daun yang tirus bujur.
Pokok ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan.
Pokok Som jenis ini mempunyai nilai afrodisiak sama seperti spesis talinum yang lain, Ia bermanfaat sebagai campuran dalam pelbagai menu masakan atau minuman untuk kesihatan.

Khasiat dan kegunaan

Ia mempunyai akar berubi serta khasiat yang hampir sama dengan pokok ginseng jawa tetapi tetap ade bezanya.
Ubinya boleh dicampur didalam sup.
Daunnye boleh dijadikan ulam atau ditambah dalah masakan sebagai sayur.( texture daun agak berlendir seperti bendi tapi tak banyak), rasanya sedap seperti daun tujuh jarum.. sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah diabetes.
Bahagian akar dikatakan bermanfaat sebagai tonik.
Sama seperti spesis talinum yang lain, ia tak sesuai untuk pesakit batu karang dan gout.

Maklumat:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3259972497418663&id=100002178351055
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Som_Jawa

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *