Belimbing Buluh

Secara saintifik, belimbing buluh dikenali sebagai Averrhoa Bilimbi L (bahasa Latin). Tanaman asli ini berasal daripada Amerika Syarikat. Tanaman ini pertama kali dipertemukan di kepulauan Maluku, Indonesia. Ia dikembangbiakkan serta tumbuh di beberapa buah kawasan seperti di Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Myanmar dan juga Malaysia.

Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina. Teruskan membaca “Belimbing Buluh”

Lawatan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGK Batu Lintang dan IPGK Teknik ke Pusat Interaktif Sains dan Taman Etnobotani pada 22 Februari 2020

Seramai 3 orang pensyarah dan 33 orang siswa pendidik (JPP) dari IPG Kampus Teknik dan 7 orang JPP dari IPG Kampus Batu Lintang telah membuat lawatan ke Taman Etnobotani dan Pusat Interaktif Sains pada 22.02.2020.