Bunga Kesidang / Kerak Nasi

Nama Botani Vallaris glabra
Nama Lain Kerak Nasi, Pokok Kesidang
Famili Caprifoliaceae

Pokok Kesidang merupakan sejenis pokok renek yang memanjat, berasal dari Kepulauan Jawa. Daunnya bujur berwarna hijau muda serta mempunyai urat-urat yang jelas. Ia merupakan tumbuhan asli di Asia Tenggara dan kini ia banyak di tanam di serata kawasan tropika dan subtropika.

Ia merupakan pokok renek yang boleh tumbuh setinggi dua meter. Pokoknya jenis rendang dan mempunyai banyak dahan. Daunnya pula terdiri daripada jenis majmuk. Susunan daunnya pula secara bertentangan. Daun Kerak Nasi boleh dikenali melalui bentuknya yang bujur memanjang tirus serta tepi daun bergerigi. Kulit batang dan daun Kerak Nasi mempunyai getah berwarna putih.

Ia adalah tanaman hiasan yang mempunyai bunga kecil berwarna putih yang lebat dan terletak dalam jambak yang besar dan bercabang-cabang. Bunganya berbau seakan-akan bau daun pandan.Bunga kecil berwarna putih, berjambak dan terbit pada pucuk dahan atau ketiak daun. Kerak Nasi juga mempunyai buah kecil yang berwarna kehitaman.Setiap jambak terdapat 10 – 20 kuntum bunga. Bunga kesidang kembang di waktu pagi dan berbau wangi. Di waktu malam bunganya akan lebih wangi mengharumi persekitaran.

Batangnya keras dan padat berwarna kuning keputihan serta mengeluarkan getah putih yang amat lekit. Lekitnya tidak hilang jika tidak dicuci dengan sabun.

Kerak Nasi ini tidak boleh dimakan tetapi mempunyai khasiat ubatan yang tersendiri.

Khasiat dan Kegunaan

Seluruh bahagian Kerak Nasi dikatakan mempunyai khasiat ubatan dan mampu merawat penyakit berkaitan. Semua bahagian pokok ini dikatakan boleh direbus.

Daun dan akar Kerak Nasi boleh direbus bersama. Air rebusan ini dikatakan boleh diminum untuk meredakan rasa sakit dan merawatkan pelbagai masalah berkaitan dengan tulang. Jika daun dan bunga Kerak Nasi ini di rendam ke dalam air mendidih pula air rebusan ini boleh diminum untuk merawat sakit rheumatisme, demam panas yang berpanjangan, busung , air yang bertakung dalam ginjal, mengeluarkan kekotoran selepas bersalin dan sebagai tonik untuk mengatasi keletihan dan kelesuan, air rendaman ini dikatakan boleh diminum dan mampu merangsang peluh dan juga melawaskan pembuangan air kecil.Bunganya mampu memberi bau yang mampu memberi ketenangan. Selain itu ia juga boleh di gunakan sebagai pengharum rumah . Kebanyakan orang kampung meletakkan bunga tersebut di atas katil bagi mengharumkan tempat tidur.

Terdapat pelbagai cara penyediaan boleh dilakukan bagi mendapatkan khasiat daun ini. Jika daun ini ditumbuk halus, ia dikatakan boleh ditampal pada tempat kecederaan patah tulang, penyakit kulit, salah urat, terseliuh dan rheumatisme.

Akar Kerak Nasi juga dikatakan mempunyai khasiatnya. Ia dikatakan boleh direbus dan kemudiannya air rebusan ini diminum untuk merangsang peluh, mempercepatkan tulang yang patah agar mampu bersambung semula, memulihkan pelbagai kecederaan dan rheumatisme.

Buah Kerak Nasi juga dikatakan mempunyai khasiat ubatan. Ia dikatakan boleh direbus dan air rebusan ini dikatakan mampu melawaskan pembuangan air besar dan membersihkan usus dan perut, digunakan sebagai air mandian untuk merawat pelbagai penyakit kulit, sakit , bengkak, lebam dan luka yang bengkak.

Ekstrak bunga kesidang amat sesuai dijadikan wangian kerana aromanya yang lembut dan menyegarkan.

Sumber Rujukan:

https://jomtanambunga.blogspot.com/2011/05/harumnya-bunga-kesidang.html
https://haruddaini.blogspot.com/2014/03/pokok-kesidang-bunga-kesidang-hari-ni.html

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *