Pokok Som Jawa

POKOK SOM JAWA (POKOK GINSENG JAWA)

Pokok Som Jawa merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Utara dan Tengah. Nama botaninya Talinum paniculatum Gaertn. Secara morfologi dan kandungan kimianya sama dengan pokok Akar Som. Pokok Som Jawa dan juga pokok Kolesom dikenali juga sebagai “Ginseng Jawa”
Berbanding pokok ginseng jawa ( talinum pani
culatum) pokok ni mempunyai bunga pink besar, buah bujur dan rantingke buah yang lebih lembut serta daun yang tirus bujur.
Pokok ini boleh membiak melalui biji benih dan keratan.
Pokok Som jenis ini mempunyai nilai afrodisiak sama seperti spesis talinum yang lain, Ia bermanfaat sebagai campuran dalam pelbagai menu masakan atau minuman untuk kesihatan.

Teruskan membaca “Pokok Som Jawa”

Bunga Kantan

Bunga Kantan juga dikenali sebagai bunga siantan. Ia merupakan sejenis pokok saka herba. Pokoknya menegak dengan batang hijau yang lurus. Daunnya tirus dan panjang seperti daun pokok Lengkuas. Ia mempunyai bunga yang cantik dan berbau kuat. Ada tiga jenis bunga Kantan yang terdapat di Malaysia iaitu yang berwarna putih, merah jambu dan merah. Bunga Kantan yang berwarna merah sering menjadi pilihan ramai terutama untuk seni gubahan kerana warnanya yang lebih menarik. Bunga Kantan berwarna putih dan merah jambu pula sering dijadikan bahan dalam masakan.

Teruskan membaca “Bunga Kantan”

Bunga Kesidang / Kerak Nasi

Nama Botani Vallaris glabra
Nama Lain Kerak Nasi, Pokok Kesidang
Famili Caprifoliaceae

Pokok Kesidang merupakan sejenis pokok renek yang memanjat, berasal dari Kepulauan Jawa. Daunnya bujur berwarna hijau muda serta mempunyai urat-urat yang jelas. Ia merupakan tumbuhan asli di Asia Tenggara dan kini ia banyak di tanam di serata kawasan tropika dan subtropika.

Ia merupakan pokok renek yang boleh tumbuh setinggi dua meter. Pokoknya jenis rendang dan mempunyai banyak dahan. Daunnya pula terdiri daripada jenis majmuk. Susunan daunnya pula secara bertentangan. Daun Kerak Nasi boleh dikenali melalui bentuknya yang bujur memanjang tirus serta tepi daun bergerigi. Kulit batang dan daun Kerak Nasi mempunyai getah berwarna putih.

Teruskan membaca “Bunga Kesidang / Kerak Nasi”

Pokok Bebuas

Bebuas, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Bebuas ialah sejenis tumbuhan renek yang asalnya tumbuhan liar tetapi kini banyak di tanam di halaman rumah. Pucuknya biasa dijadikan ulam oleh masyarakat melayu kerana rasanya yang agak pahit dapat menambah selera makan serta teksturnya yang rangup dan menyelerakan. Selain daripada di makan sebagai ulam bersama sambal belacan, pucuk bebuas juga boleh dijadikan kerabu. Bebuas merupakan tumbuhan yang senang membiak melalui kaedah keratan batang. Ia tidak memerlukan penjagaan yang teliti dan mudah hidup subur jika mendapat cahaya matahari dan air yang cukup. Teruskan membaca “Pokok Bebuas”

Pokok Patah Tulang

Pokok Tetulang/ Patah Tulang atau nama saintifiknya, Euphorbia tirucalli banyak terdapat di Malaysia. Mungkin ada yang pernah melihatnya dan di tanam di kawasan halaman rumah sebagai hiasan tetapi ia sebenarnya mempunyai kebaikan dalam merawat pelbagai penyakit manusia.

Selain dapat mengubati patah tulang seperti namanya, ternyata tanaman ini memiliki khasiat lain yang mengagumkan. Teruskan membaca “Pokok Patah Tulang”