Taman Etnobotani IPGKTAR menyimpan banyak khazanah warisan berupa tumbuhan herba sama ada untuk sajian atau kegunaan pengubatan. Salah satu tumbuhan herba yang meluas digunakan dalam kalangan masyarakat dunia ialah pegaga. Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica (L) Urban juga dikenali sebagai Asiatic Pennywort, Gotu Kola, Ching Chow Sui adalah dariĀ Famili Umbelliferae. Herba ini boleh didapati dengan meluas di kawasan lembab dan redup. Dipercayai berasal India dan tercatat dalam sejarah perubatan ayuvedik.
Dalam taman ini, terdapat empat variasi pegaga, iaitu pegaga kerinting/pegaga nyonya, pegaga biasa/ubi, pegaga daun lebar dan pegaga salad.
