Setelah sekian lama, dah berpuluh-puluh tahun bunga yang satu ini tidak saya temui. Sewaktu kecil di kampong maksu ada menanam bunga ini berhampiran tangga rumah kami. Tumbuhan yang diketengahkan kali ini berupa sejenis bunga yang begitu istimewa cirinya. Bunga bakawali, masyarakat Melayu Sarawak juga mengenalinya sebagai bunga raja. Nama-nama lainnya, Tan Hua or Keng Hua (China), Bakawali (Melayu), Wijaya Kusuma (Indonesia), Gul-e-Bakavali (Hindi), Gekka Bijin (Jepun) membawa maksud “beauty below the moon”.
Bunga bakawali ini banyak ditanam sebagai tanaman hisan. Nama saintifik tumbuhan ini ialah Epiphyllum hookeri dari keluarga Cactaceae. Tanaman asal Mexico dan Costa Rica di America Tengah serta Columbia, Brazil dan Venezuela di America Selatan ini menghasilkan bunga berwarna putih yang kembang di waktu malam. Menjelang siang bunganya akan layu, sesuai sekali digelar “Queen of the night”. Bunga ini juga mengeluarkan bau yang sangat wangi. Terdapat 20 spesies dalam genus Epiphyllum. Bagaimanapun dalam Taman Etnobotani hanya ada satu spesies sahaja.

Morfologi
Tumbuhan ini seperti ahli famili kaktus yang lain tidak memiliki daun sebenar. Terdapat 2 jenis batang; batang utama yang berbentuk selinder panjang dan kecil serta batang sekunder yang lebih matang berbentuk pipih dan lebar dengan bahagian sesi beralun /lekuk.
Pokok bakawali yang ditanam di TE ini telah beberapa kali mengeluarkan bunga. Menunggu bunga bakawali berkembang memang mengujakan. Tidak sabar rasanya hendak menyaksikan kecantikannya. Malang sekali tabiat bakawali yang berkembang sepenuhnya pada waktu sekitar tengah malam menyebabkan saya sendiri tidak berkesempatan menyaksikan proses tersebut. Dari pemerhatian, saya mendapati bunga ini berkembang sepenuhnya dalam masa kira-kira 15 – 16 hari dari mula mengeluarkan putik bunga. Dengan panjang 8 mm pada hari pertama saya membuat pemerhatian hinggalah hari ke 16, panjangnya ialah 26 cm.


Kegunaan
Banyak juga diperkatakan tentang kegunaan bunga bakawali ini untuk tujuan perubatan. Bunganya dikatakan baik untuk merawat rabun dan mencantikkan kulit. Kelopak digunakan untuk merawat luka, manakala batang dikeringkan bagi merawat darah tinggi dan kencing manis. Bunganya juga dikeringkan diambil sebagai tonik dan mengubati batuk.
Rujukan:
http://animhosnan.blogspot.com/2016/06/bunga-bakawali.html
https://www.nst.com.my/news/2015/09/moonlight-beauty
https://davesgarden.com/guides/pf/showimage/39113/
http://www.theplantlist.org/browse/A/Cactaceae/Epiphyllum/
Maklumat yg banyak membantu. Tahniah atas usaha ini.
Maklumat yang membantu. Tahniah
Bunganya sangat cantik. Ulasan juga sangat menarik.
Ya memang sangat cantik dan mistik. Nak tenguk ia kembang ken atunggu tengah malam.
Tengah malam tu pukul berapa?
Lebih kurang pukul 10mlm start kembang dan akan kembang sepenuhnya pukul 1 pg mcm tu.. baunnya sangat wangi dan cantik
Saya juga ada menanamnya… Banyak kali sudah berbunga… Malam tadi juga telah berkembang 3 kuntum…. Namun tak tahu samada ianya boleh Di akan dan bagaimana nak me akan ya untuk tujuan perubatan atau merawat rabun… Ada yg boleh beritahu lebih lanjut?
Assalamualaikum boleh saya tahu di mana nak dapat kan pokok atau bunga bakawali ini. Saya minat sngat nak tanam tapi x jumpe jumpe sesiapa yang jual nye
Waalaikumsalam.. biasanya kedai2 bunga ada jual nsery yang jual ank2 bunga dan pokok yang berdekatan saudari..
Mai dtg rumah sy ambil je
Betul ke boleh ambik anak pokok bakawali dr rumah En. Hafis? Kalau betul saya nak mintak anak pokoknya.
Salam En Hafis..
Betul ke saya boleh dptkan anak pokok Bakawali ni dr En Hafis.. saya berhajat untuk menjaganya boleh tolong beritahu bagaimana saya boleh berhubung dgn En Hafis utk mendapatkannya
Area mana abg tinggal
Saya nak benih pkk bakawali sikit
Ja
Terima kasih atas perkongsian. Saya tanam bakawali sejak 5 tahun lalu. Spesiesnya lain sikit kerana kelopaknya lebar dan besar.
Alhamdulillah, setelah 5 thn, dan dh belasan kali berbunga, ramadhan 2020 ini, bakawali saya berkembang 45 kuntum sejak 28 ramadhan lalu hg 4 syawall dn mlm nnt masih berbaki 7 kuntum lg yg akn berkembang. Selalunya paling banyak 12 kuntum. Teruja sgt, setiap mlm sy tunggu utk melihat ia berkembang dn dpt menghidu keharuman hg kedlm rumah. Alhamdulillah.
Terima kasih atas perkongsian puan. Saya di rumah ada juga tanam bakawali yang kecil dan berwarna putih. Rajin berbunga.
Terima kasih atas perkongsian
Assallamualaikum n salam sejahtera.. Ada kh d kalagan kita cnie brjual bunga bakawali ni.. Kala ada saya nak beli.. Area kuching.
Wow. …terbaik.
Area mana Hafis tinggal..?🤩
Saya mmg minat Bakawali ssb saya suka koleksi berdaun yg berbagai bentuk… Saya beli Bakawali dua pokok dgn RM 55 sepokok lagi berbunga bulat seperti mutiara…daun berwarna kemerahan…tidak sabar menunggu berbunga…
Pokok bakawali saya baru first time berbunga tahun ni (sekuntum je) . Dh sembilan tahun saya bela. Seronok rasanye. Susah nak kuar bunga tp tumbuh subur daun dia..
Pokok bakawali saya baru first time berbunga tahun ni (sekuntum je) . Dh sembilan tahun saya bela. Seronok rasanye. Susah nak kuar bunga tp tumbuh subur daun dia..
Kalau nak anak benih saya ada
Hubungi
01137015532-mejar samin
Saya ada tanam yg jenis daun lembut dari ini. Sudah berbunga dan besar bunganya.
saya juga menanam bunga ni,tak sabar menunggu mengeluarkan bunga,berapa lama dari mula ditanam untuk pokok ini mengeluarkan bunga?
Saya ada 6 spesis bakawali dan saya suka semai. Hari ini mengembang 17 kuntum mini bakawali.