Pokok Bebuas

Bebuas, pecah piring, singkil, atau limau pantai atau nama saintifiknya Premna Spp terdapat dijual di pasar tani sebagai sayur ulam. Bebuas ialah sejenis tumbuhan renek yang asalnya tumbuhan liar tetapi kini banyak di tanam di halaman rumah. Pucuknya biasa dijadikan ulam oleh masyarakat melayu kerana rasanya yang agak pahit dapat menambah selera makan serta teksturnya yang rangup dan menyelerakan. Selain daripada di makan sebagai ulam bersama sambal belacan, pucuk bebuas juga boleh dijadikan kerabu. Bebuas merupakan tumbuhan yang senang membiak melalui kaedah keratan batang. Ia tidak memerlukan penjagaan yang teliti dan mudah hidup subur jika mendapat cahaya matahari dan air yang cukup.

Khasiat Pokok Bebuas

Pokok bebuas ini mempunyai khasiat tersendiri kepada kesihatan. Air rebusan dan pucuk herba bebuas dipercayai oleh masyarakat Melayu bagi menyembuhkan masalah pening kepala. Pucuk mentahnya dicelur atau direbus dan dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk, atau pencecah yang lain. Rasanya manis-manis pedas dan sedikit pahit serta rangup dan berbau.

Pokok bebuas mengandungi karbohidrat, air, serat, alkaloid, zat galian (mineral) termasuk kalium, kalsium, zink, zat besi, fosforus dan pelbagai vitamin termasuklah A, C dan E.

Ia boleh dimakan untuk menambah selera makan, pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan lemah tenaga batin. Ia dipercayai dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengelakkan pelbagai penyakit seperti H1N1. Kanak-kanak yang kecacingan boleh diberi makan pucuk ini untuk merawat penyakitnya

Pokok bebuas terkenal dengan khasiatnya yang dapat membuang angin dalam badan dengan cepat jika dimakan mentah sebagai ulam. Angin dalam badan akan menyebabkan penyakit seperti sakit pinggang, sakit belakang, lenguh-lenguh sendi dan kembung perut. Secara tidak langsung amalan menjadikan pucuk bebuas sebagai ulam dapat membantu mengelakkan masalah tersebut.

Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu. Untuk masalah kecacingan beberapa helai pucuk bebuas direbus hingga mendidih bersama segelas air, air ini diberikan kepada pesakit sekali sehari.

Untuk menambahkan susu ibu, cara yang sama digunakan , Cuma pastikan air rebusan ini diminum pada peringkat awal proses penyusuan dan bukannya setelah susu hampir kering.

Air rebusannya juga dapat menghilangkan bau hanyir ikan terutamanya ikan air tawar.
Ia juga di katakan dapat mencegah penyakit yang berjangkit melalui udara seperti SARS tapi masih tidak dapat dibuktikan sejauh mana kebenarannya.

Sumber Rujukan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bebuas
https://khasiatq.blogspot.com/2017/07/12-khasiat-pucuk-bebuas-untuk-kesehatan.html

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *