Sukacita dimaklumkan bahawa e-Buletin EKSA IPGKTAR 2018 kini boleh dimuat-turun dari Muat-Turun > Penerbitan > Laporan Tahunan & Buletin > e-Buletin EKSA 2018
Pengenalan FKIB2019
Festival Kesenian Islam Borneo 2019 anjuran bersama Jabatan Pendidikan Islam & Moral IPGKTAR dan Pusat Islam IPGKTAR dengan tema “PENGHAYATAN ISLAM ASAS KEMENJADIAN INSAN” akan diadakan seperti ketetapan berikut.
Tarikh: 22-23 April 2019
Tempat: Dewan Sri Samarahan & Pusat Islam,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
Kota Samarahan.
Pengenalan
Dalam usaha untuk melahirkan insan yang harmonis, pelbagai perkara yang harus diambil kira dengan melihat kepada situasi masyarakat masa kini. Justeru, para pelajar perlu didedahkan dengan aktiviti sokongan yang berbentuk mencerna dan menjana ilmu selain daripada sesi penyampaian di dalam kelas. Sehubungan itu, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) IPGKTAR dan Pusat Pengajian Islam Tun Abdul Razak (PITAR) berinisiatif untuk menganjurkan sebuah Festival Kesenian Islam Borneo 2019 yang bakal menghimpunkan mahasiswa, pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan di seluruh negeri Sarawak yang berbakat lagi kreatif untuk menyerlahkan lagi bakat masing-masing. Festival ini juga bermatlamatkan agar kemahiran seni dalam Islam ini tidak terus lenyap ditelan zaman.
Objektif
- Memupuk jaringan dan kerjasama antara IPGKTAR dan IPG, IPTA, IPTS, pihak sekolah negeri Sarawak dan Sabah.
- Mengetengahkan satu corak hiburan alternatif yang mematuhi garis panduan syariat Islam.
- Mencungkil bakat dan kreativiti mahasiswa dan pelajar untuk mengasah potensi diri dalam bidang kesenian Islam.
- Menggalakkan para mahasiswa dan pelajar memantapkan kemahiran al-Quran dan menghayatinya dalam kehidupan seharian.
- Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan mahasiswa dan pelajar.
- Membudaya seni khat dalam penulisan supaya ia kekal sebagai warisan Islam yang perlu dipelihara.
Jenis Aktiviti
- Pertandingan Nasyid Kontemporari
- Pertandingan Syarahan Agama Spontan
- Pertandingan Bercerita Kisah-Kisah Al-Quran
- Pertandingan Seni Khat
- Pertandingan Tilawah al-Quran
- Pertandingan Hafazan al-Quran
Kumpulan Sasaran
- IPG, IPTA/IPTS dan IPG seluruh negeri Sarawak dan Sabah
- Pelajar sekolah menengah di seluruh negeri Sarawak
- Pelajar sekolah rendah seluruh negeri Sarawak
Tarikh Tutup Penyertaan: 15 Mac 2019 (Jumaat)
Pihak penganjur berharap agar Festival Kesenian Islam Borneo 2019 yang bakal diadakan ini dapat mencungkil bakat dan kreativiti siswa, pelajar dan murid dalam aktiviti sokongan di luar bilik darjah. Dalam masa yang sama, diharap festival ini dapat memupuk jaringan dan kerjasama antara pihak IPGKTAR dan IPTA/IPTS dan IPGK seluruh di negeri Sarawak dan Sabah serta sekolah-sekolah di seluruh negeri Sarawak.