Permohonan Data Rasmi IPG
PELAKSANAAN PROSEDUR PERMOHONAN DATA RASMI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) BAGI MODUL PELAJAR
Prosedur permohonan data ini merupakan kaedah kawalan bagi maksud memenuhi keperluan permohonan data dari pelbagai pemegang taruh (stake holder) yang berkepentingan sama ada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), agensi kerajaan bukan KPM, agensi luar dan orang awam.
Sebagai makluman tambahan, permohonan data dari pihak dalaman kampus IPG adalah tertakluk di bawah pertimbangan dan kuasa Pengarah IPG Kampus masing-masing. Manakala permohonan daripada pihak luar IPG perlu dipanjangkan ke IPGM untuk pertimbangan dan budi bicara Rektor IPGM melalui saluran rasmi.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Norlia binti Putit melalui talian 082-673800 (sambungan 160). Disertakan Lampiran Borang Permohonan Data (Modul Pelajar) dan Carta Alir Permohonan Data IPG. Sila muat-turun borang di Muat-Turun > Jabatan > Jabatan Hal Ehwal Pelajar > Permohonan Data Rasmi IPG