Juh Bertandak 2021

Juh Bertandak 2021

Berita & Pengumuman Jumlah paparan: 1305

Pengenalan


Tandak Melayu Sarawak adalah tarian kaum Melayu di Sarawak yang biasanya dipersembahkan dalam majlis perkahwinan. Ia adalah terdiri daripada gerak tari asas menggunakan bahagian hadapan dan tumit telapak kaki untuk menapak ke lantai. Persembahan tandak perlu digandingkan dengan tingkahan bunyian gendang dan bunga-bunga tandak atau pola koreografi tandak untuk menambahkan lagi keindahan persembahan. Namun, selari dengan arus pemodenan dan peredaran masa, Tandak Melayu Sarawak kini agak kurang ditonjolkan dalam majlis-majlis keramaian. Maka pada tahun 2017 dan 2018, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) telah mengorak langkah dengan menganjurkan Bengkel Gendang Melayu Sarawak peringkat bahagian Samarahan dan juga di peringkat kebangsaan. Kejayaan bengkel ini telah diteruskan lagi pada tahun 2019 di mana IPGKTAR telah menganjurkan Pertandingan Tandak Melayu Sarawak Peringkat Zon Sarawak. Atas sambutan dan penyertaan yang amat menggalakkan dalam pertandingan tersebut, maka pada tahun 2021, IPGKTAR sekali lagi berhasrat untuk mengadakan pertandingan Tandak Melayu Sarawak buat kali keduanya.

Kejayaan IPGKTAR dalam penganjuran pada tahun 2019 adalah amat mengkagumkan dengan menyaksikan penyertaan dan sambutan daripada pasukan sekolah rendah, menengah dan Institut Pendidikan Guru Malaysia. Tuntasnya, kejayaan hasil program ini boleh memupuk minat generasi muda menghargai warisan seni budaya serta seterusnya dapat mempelopori seni budaya tradisional Tandak Melayu Sarawak yang membawa pengisian jati diri dan berilmiah tinggi dalam kalangan para peserta. Penganjuran pada kali ini juga penting dalam usaha IPGKTAR untuk mengetengahkan Tandak Melayu Sarawak kepada generasi baharu dalam era teknologi kini supaya ianya tidak pupus ditelan zaman.

Cara Penyertaan

  1. Syarat-syarat pertandingan boleh dirujuk pada tab Syarat Pertandingan.
  2. Lagu pilihan boleh diperoleh melalui tab Senarai Lagu.
  3. Video Tutorial Tandak Melayu Asli Sarawak boleh dilayari di tab Video Tutorial
  4. Lengkapkan Borang Penyertaan dan muatnaik video rakaman tandak anda di tab Borang Penyertaan.

Syarat Pertandingan

Syarat-Syarat Pertandingan Kategori TANDAK MELAYU ASLI SARAWAK (TRADISI) untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

1. Peserta boleh memilih salah satu daripada empat buah lagu yang disediakan oleh pihak penganjur.
2. Wajib menggunakan sebelas (11) bunga Tandak Melayu Asli Sarawak (Peserta boleh merujuk video tutorial yang disediakan oleh pihak penganjur).
3. Penyertaan adalah secara berpasangan. Bagi Sekolah Rendah dan Menengah hanya pasangan lelaki sahaja dibenarkan.
4. Penilaian adalah berdasarkan kepada bunga tandak dan teknik , penampilan/busana dan kreativiti persembahan.
5. Semua hasil karya yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hakmilik IPGKTAR. Pihak IPGKTAR berhak menggunakan karya tersebut dalam apa jua bentuk tujuan.
6. Pihak sekolah boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan dengan kumpulan penandak yang berbeza.
7. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan:
    a. Borang penyertaan yang lengkap, dan
    b. Rakaman video bertandak
8. Rakaman video bertandak hendaklah mempunyai kualiti visual dan audio yang baik serta berdurasi tidak melebihi enam (6) minit.
9. Video mestilah dalam bentuk asli (tidak disunting), berformat MP4 dan jika diambil menggunakan telefon bimbit, resolusi minima adalah FULL HD-720-1080p.
10. Video hendaklah difokus secara penuh dan bukan difokuskan terhadap sebahagian badan peserta sahaja (zoom in).
11. Rakaman boleh diambil di dalam premis/institusi peserta.
12. Keputusan hakim adalah muktamad.

 

Syarat-Syarat Pertandingan Kategori TANDAK MELAYU ASLI SARAWAK (KREASI) untuk IPG dan IPT

1. Setiap kumpulan boleh memilih salah satu daripada dua lagu tandak yang disediakan oleh penganjur tanpa pengubahsuaian.
2. Wajib menggunakan sekurang-kurangnya lima (5) bunga asal Tandak Melayu Asli Sarawak dan lima (5) Bunga Kreasi Tandak Melayu Asli Sarawak di dalam video tari yang dihantar. (Peserta boleh merujuk video tutorial yang disediakan oleh pihak penganjur).
3. Semua hasil karya yang diterima oleh pihak penganjur akan menjadi hakmilik IPGKTAR. Pihak IPGKTAR berhak menggunakan karya tersebut dalam apa jua bentuk tujuan.
4. Peserta hanya boleh menyertai sekali sahaja namun setiap institusi boleh menghantar lebih daripada satu pasukan dengan pasangan yang berlainan.
5. Busana peserta hendaklah pakaian kebangsaan; berbaju Melayu dengan bersamping dan bersongkok hitam serta berkasut kulit berwarna hitam. Aksesori lain boleh dipakai tetapi mestilah bersesuaian dengan budaya Tandak Melayu Asli Sarawak. Peserta wanita, haruslah berpakaian tradisional Melayu beserta aksesori yang bersesuaian dengan budaya masyarakat Melayu.
6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan:
7. Borang penyertaan yang lengkap, dan
    a. Rakaman video bertandak
    b. Rakaman video bertandak hendaklah mempunyai kualiti visual dan audio yang baik serta berdurasi tidak melebihi enam (6) minit.
8. Video mestilah dalam bentuk asli (tidak disunting), berformat MP4 dan jika diambil menggunakan telefon bimbit, resolusi minima adalah FULL HD-720-1080p.
9. Video hendaklah difokus secara penuh dan bukan difokuskan terhadap sebahagian badan peserta sahaja (zoom in).
10. Rakaman boleh diambil di dalam premis/institusi peserta.
11. Keputusan hakim adalah muktamad.

Hadiah

# Kategori Hadiah Catatan
1 Tradisi (Sekolah Rendah) Johan RM1,000 berserta piala & sijil
Naib Johan RM800 berserta piala & sijil
Ketiga RM400 berserta piala & sijil
2 Tradisi (Sekolah Menengah) Johan RM1,500 berserta piala & sijil
Naib Johan RM1,000 berserta piala & sijil
Ketiga RM800 berserta piala & sijil
3 Kreasi (Sarawakian - IPT) Johan RM2,000 berserta piala & sijil
Naib Johan RM1,500 berserta piala & sijil
Ketiga RM1,000 berserta piala & sijil
4 Kreasi (Sarawakian - IPG) Johan RM2,000 berserta piala & sijil
Naib Johan RM1,500 berserta piala & sijil
Ketiga RM1,000 berserta piala & sijil
5 Kreasi (Terbuka - IPT & IPG) Johan RM2,000 berserta piala & sijil
Naib Johan RM1,500 berserta piala & sijil
Ketiga RM1,000 berserta piala & sijil

Senarai Lagu

Kategori Tradisi

1. Cinta Beraie
2. Samsuddin
3. Becerai Kasih
4. Hujan Panas

Kategori Kreasi

1. Nopeng
2. Hujan Panas

Pautan ke Audio Tandak Melayu Asli Sarawak

Video Tutorial

Borang Penyertaan

Carta Alir Penyertaan

Pautan ke: Borang Pertandingan Tandak Melayu Sarawak Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 IPG Kampus Tun Abdul Razak

Tuan/Puan dikehendaki untuk login ke akaun Google masing-masing agar video penyertaan dapat dimuatnaik.

Tarikh Tutup Penyertaan: 26 Februari 2021 Dilanjutkan sehingga 25 Jun 2021

#ARTS@IPGKTAR
#JuhBertandak

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-8865439 (En. Mazlan Junaidi) 013-7735621 (En.Moris Henry Manjat)

Cetak