msen
Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pengajaran Peringkat Kebangsaan 2022 (SePIPK2022)

Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pengajaran Peringkat Kebangsaan 2022 (SePIPK2022)

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan akan menganjurkan Pertandingan Inovasi Pengajaran sempena Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pengajaran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 23 hingga 24 Mei 2022. 

Sehubungan itu, IPGKTAR berbesar hati menjemput pelajar-pelajar PISMP Ambil Jun 2018 (Semester 9) dari bidang Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk menyertai pertandingan ini seperti ketetapan berikut: 

Tarikh: 24 Mei 2022 (Selasa)
Masa: 0830 - 1230
Tempat: Secara Maya
Tarikh akhir penghantaran Borang Penyertaan: 9 Mei 2022
Tarikh akhir penghantaran Laporan Inovasi: 16 Mei 2022
Tarikh akhir penghantaran Video Inovasi: 16 Mei 2022
Pautan penghantaran: https://linktr.ee/sepipk2022
Pautan surat jemputan IPGK

Setiap IPGK yang berkenaan boleh menghantar dua (2) penyertaan sama ada kategori individu atau kumpulan. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Cik Annette Alicia Guillan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Pn Kho Lee Sze Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.