Pokok Kedondong

Selamat bertemu kembali melalui laman maya. Saya masih mencari-cari apakah tumbuhan dalam taman Etnobotani yang sesuai untuk diketengahkan. Terdapat begitu banyak tumbuhan yang menarik untuk dikongsikan. Menyedari hakikat saya bukanlah pakar tentang tumbuhan tetapi berbekal sedikit pengetahuan asas dan minat saya usahakan meneroka penulisan sama ada di alam maya atau alam realiti bagi memperoleh sedikit maklumat untuk dikongsikan di sini.

Kali ini saya terpanggil memilih Kedondong atau juga dikenali sebagai Ambra dalam kalangan masyarakat di utara Semenanjung Malaysia.  Nama saintifik kedondong, Spondias cytherea dari famili Anacardiaceae.  Penanamannya agak mudah sama ada dari biji benih, tut atau cantuman. Pokoknya boleh mengeluarkan buah  seawal satu tahun sehingga empat tahun. Berdasarkan pemerhatian pokok kedondong yang ditanam di Taman Etnobotani IPGKTAR mula menghasilkan buah sekitar tiga tahun selepas ditanam. Teruskan membaca “Pokok Kedondong”