Pegaga

Taman Etnobotani IPGKTAR menyimpan banyak khazanah warisan berupa tumbuhan herba sama ada untuk sajian atau kegunaan pengubatan. Salah satu tumbuhan herba yang meluas digunakan dalam kalangan masyarakat dunia ialah pegaga. Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica (L) Urban juga dikenali sebagai Asiatic Pennywort, Gotu Kola, Ching Chow Sui adalah dariĀ  Famili Umbelliferae. Herba ini boleh didapati dengan meluas di kawasan lembab dan redup. Dipercayai berasal India dan tercatat dalam sejarah perubatan ayuvedik.

Dalam taman ini, terdapat empat variasi pegaga, iaitu pegaga kerinting/pegaga nyonya, pegaga biasa/ubi, pegaga daun lebar dan pegaga salad.

Pegaga Nyonya
Pegaga Nyonya

Teruskan membaca “Pegaga”

Penubuhan Pusat Interaktif Sains dan Taman Etnobotani IPGKTAR

Penubuhan TE IPGKTAR adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi dari nenek moyang kita dahulu. Dengan itu ia dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar dan masyarakat setempat tentang tanaman-tanaman herba serta khasiat dan kegunaannya kepada masyarakat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Taman Etnobotani, sila rujukĀ  dokumen berikut.

Pusat Interaktif Sains dan Taman Etnobotani IPGKTAR