Bayam Brazil atau Brazillian Spinach, nama saintifiknya Althernanthera Sissoo akhir-akhir ni dah semakin popular di negara kita, namun ramai yang tidak tahu tentang khasiatnya
Ia tidak berlendir serta daunnya yang hijau amat sesuai untuk dijadikan hidangan sebagai salad, ulam serta masak tumis dan banyak lagi resepi lain yang mudah disediakan.
Bayam Brazil amat mudah ditanam melalui keratan batang yang sihat serta matang dan tiada masalah serangan ulat daun. Hakikatnya bayam brazil adalah tanaman yang amat baik dan sangat bagus untuk tubuh badan kita
Khasiat Bayam Brazil termasuklah:
- Melawan kanser
- Mengekalkan kesihatan mata
- Salah satu sumber vitamin K
- Menguatkan tulang
- Membantu menurunkan berat badan
- Meningkatkan sistem imuniti badan
- Membantu sistem penghadaman
- Mengelakkan daripada sembelit
- Membantu melancarkan darah
- Mencegah anemia
- Mengatasi masalah gusi
- Nutrisi yang baik untuk pembesaran
- Mengekalkan stamina
- Mengekalkan kesihatan mulut
- Mengikat kalsium
- Mencegah penuaan pramatang
- Mengekalkan kesihatan ibu mengandung
Sumber rujukan :
https://myinfoberita.blogspot.com/2019/06/mencegah-penuaan-pramatang-menguatkan.html