Pokok Cempaka

Bertemu kembali di alam maya, membincangkan tentang tumbuhan yang ditanam di Taman Etnobotani (TE) IPGKTAR.

Di TE, terdapat pelbagai jenis tumbuhan berbunga mempunyai ciri yang menarik seperti bau wangi. Cempaka ialah sejenis tumbuhan berkayu yang mengeluarkan bunga berbau wangi. Tumbuhan ini bertumbuh sehingga mencapai ketinggian 30 meter.

Michelia alba ialah nama saintifik bagi cempaka putih. Terdapat variasi berbunga kuning dan merah iaitu Michelia champaca.

Ini ialah pokok cempaka yang ditanam di TE

Michelia champaca Linn ialah nama saintifik untuk cempaka berbunga kuning. Kini ia juga dikenali sebagai Magnolia champaca iaitu dikategori dalam Famili Magnoliaceae, Genus Magnolia.

Daun cempaka berbentuk memanjang disusun berselang

Buahnya yang boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit. Kayunya boleh dijadikan perabot dan peralatan rumah. Akan tetapi hasil perabot dari kayu ini jarang didapati kerana kuantiti pokok cempaka besar yang terlalu kurang. Sekarang, kaedah kahwin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah satu meter.
Bunganya yang berbau wangi mempunyai kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur. Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.
Pokok cempaka telah diketahui umum akan mengeluarkan bunga yang amat cantik. Namun, keistimewaan pokok cempaka ni sebenarnya bukan tertumpu pada bunganya saja. Malah, daun serta akarnya turut memiliki khasiat dari sudut aspek kesihatan jika anda tahu menggunakannya.

Bunga cempaka ni pula ada yang berwarna kuning dan juga putih. Kedua-dua pokok yang mengeluarkannya masing-masing mempunyai khasiat tersendiri.

Sebagai contoh, pokok cempaka kuning sesuai untuk kegunaan wanita selepas bersalin, mengatasi masalah kencing tak lawas serta menyembuhkan demam selsema. Manakala, pokok cempaka putih pula berfungsi merawat pitam, bisul dan bronkitis.

https://indiabiodiversity.org/species/show/15644
https://en.wikipedia.org/wiki/Magnolia_champaca

2 pandangan di “Pokok Cempaka”

  1. Salam Sejahtera
    Boleh pihak TE hubungi saya di email. Saya hendak dapatkan anak pokok Cempaka kuning untuk ditanam
    Terima Kasih

    1. Salam sejahtera tuan. Anak pokok cempaka kuning boleh dibeli menerusi Shopee. Carian: cempaka kuning

Tinggalkan Balasan kepada webmaster Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *