Daun Pudina

Bertemu kembali di laman Etnobotani. Siapa tak kenal pudina atau pernah menggunakan produk terhasil campuran pudina. Paling tidak ramai pernah menggunakan ‘ubat gigi’ (tooth paste) yang berperisa pudina. Emmm… pokok pudina, mungkin ada yang tidak berpeluang mengenali secara dekat, apatah lagi menanamnya. Bahagian pudina yang paling dikenali ialah daun kerana ternyata bahagian inilah yang digunakan dengan kerap sama ada sebagai herba tambahan dalam masakan atau perawatan.

Pokok pudina yang ditanam di TE
Pokok pudina yang ditanam di TE

Pudina terletak dalam Famili Lamiaceae, genus Mentha. Genus Mentha terdiri daripada 25 spesies herba beraroma. Tumbuhan ini berupa tumbuhan asal Eurasia, Amerika Utara, Afrika Selatan dan Australia. Ia tersebar luas di kawasan temperat. Dalam keadaan semulajadi berlaku juga hibrid antara spesies pudina yang menghasilkan varieti baharu pudina. Contohnya, Mentha ×piperita ialah hibrid Mentha aquatica dengan Mentha spicata.

Pudina mempunyai stolon bawah dan atas tanah yang tersebar luas, dengan batang bersegi bercabang-cabang tumbuh tegak berketinggian 30 – 60 cm. Daunnya disusun dalam pasangan secara bertentang di sepanjang batang. Tangkai dan permukaan daun diseliputi bulu-bulu halus berwarna kuning kehijauan. Bunga pudina bervariasi dari putih ke ungu disusun dalam jambak. Di kawasan tropika, pudina agak sukar mengeluarkan bunga.

Tumbuhan ini hidup subur di kawasan redup dan lembab serta perlu digembur. Dalam cuaca panas dan kering sukar bagi pudina untuk hidup. Cara paling mudah untuk membiakkannya ialah melalui keratan batang.

KEGUNAAN
Pudina mempunyai banyak kegunaan sama ada sebagai bahan tambahan dalam makanan, perubatan dan kosmetik. Antara kegunaannya ialah:

  1. Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
  2. Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
  3. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
  4. Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
  5. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
  6. Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.
  7. Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
  8. Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.
  9. Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
  10. Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
  11. Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
  12. Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina boleh digunakan bagi membasmi bakteria.
  13. Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsema, hidung berair, paru paru dan sebagainya.
  14. Pudina menjadi ramuan utama kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan simptom penyakit penafasan.
  15. Pudina melegakan kekejangan di bahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
  16. Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
  17. Teh pudina boleh digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.
  18. Teh pudina adalah di antara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).

Untuk maklumat lanjut tentang pudina bolehlah merujuk pautan yang disertakan.
https://www.britannica.com/plant/mint-plant/media/1/384596/192202
https://en.wikipedia.org/wiki/Mentha

Klasifikasi dan Morfologi Daun Mint (Mentha piperita)

18 Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina (Mint)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *