IPG Kampus Tun Abdul Razak

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Majlis Makan Malam Staf Sokongan

E-mail Cetak PDF
dsc_0018[1]
dsc_0018[1]
dsc_0019[1]
dsc_0020[1]
dsc_0051[1]
dsc_0055[1]
dsc_0065[1]
dsc_0069[1]
dsc_0076[1]
dsc_0082[1]
dsc_0098[1]
 
MAJLIS MAKAN MALAM KELAB STAF SOKONGAN IPG KTAR 19 DISEMBER 2009 8.00 – 11.00 MALAM HOTEL DOORMANI, KUCHING Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Makan Malam Staf Sokongan IPG KTAR. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Encik Mohammad bin Lin, Timbalan Pengarah IPG KTAR dan isteri. Turut hadir pada majlis tersebut juga ialah Encik Awang Salleh(KUKP) dan semua AJK Kelab. Seramai 80 orang ahli staf sokongan juga telah hadir bagi memeriahkan majlis ini. Dalam ucapan Timbalan Pengarah, beliau berharap semua staf akan memberi komitmen jitu untuk output perkhidmatan terbaik, mencapai visi dan misi IPG KTAR 2010. Beliau berharap agar usaha sebegini diteruskan bagi merapatkan kemesraan, silaturrahim, 'cohesive' seterusnya mengikat semangat 1Malaysia dalam ‘keluarga besar IPG‘ ini. Kepada semua staf sokongan diharapkan ucapan Timbalan Pengarah akan menjadi inspirasi dalam menjalankan tugas masing-masing. Majlis juga dihiburkan juga dengan nyanyian karaoke dan ramai ahli staf telah menunjukkan bakat mereka. Majlis juga diselang-selikan dengan cabutan bertuah dan bertukar-tukar hadiah antara staf. Sekalung penghargaan dan tahniah sekali lagi kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Makan Malam kali ini.