IPG Kampus Tun Abdul Razak

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Tawaran Kursus Intan 2010

E-mail Cetak PDF

TAWARAN KURSUS INTAN 2010 Sukacita memaklumkan bahawa kursus-kursus yang dikelolakan oleh Institut Tadbir Awam Negara(INTAN) kini dibuka untuk pendaftaran bagi tahun 2010. Semua maklumat yang berkaitan dengan kursus boleh diperolehi dengan mengunjungi halaman web intan di http://www.intanbk.intan.my.

Kursus-kursus ini dibuka sepanjang tahun (Kalender Projek Latihan Januari - Disember) dan peserta dikehendaki memohon lebih awal bagi memudahkan pengurusan selanjutnya. Selain itu, Intan telah memperkenalkan satu pendekatan kursus melalui E-Pembelajaran yang dikenali sebagai EPSA. Semua maklumat boleh dicapai di halaman web intan di http://www.intanbk.intan.my. Permohonan boleh dibuat secara talian dengan membuat pendaftaran terlebih dahulu. Walau bagaimanapun setiap pemohon perlu mempunyai emel jabatan terlebih dahulu. Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan administrator (emel jabatan) dan Unit Latihan bagi pertanyaan sebarang maklumat kursus di Intan.

Sepintas Lalu EPSA E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) adalah portal pembelajaran bagi sektor awam Malaysia. EPSA merupakan pakej e-pembelajaran yang pertama dibangunkan untuk anggota sektor awam dan merupakan model pendekatan latihan yang baru iaitu memberi tumpuan kepada pembelajaran secara teragih (decentralized). Selain itu EPSA membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dari segi kos dan masa. Dalam era maklumat, keperluan untuk pembelajaran berterusan sepanjang hayat telah mewujudkan permintaan tinggi terhadap pembelajaran. Keadaan ini menyebabkan permintaan terhadap pembelajaran adalah melebihi kapasiti kemampuan penyampaian secara tradisional di institusi-institusi latihan. Justeru, EPSA adalah inspirasi yang dicetuskan oleh realiti bahawa keperluan penyampaian latihan di dalam persekitaran ekonomi global adalah lebih mencabar dan tidak dapat ditampung menerusi pembelajaran secara fizikal di dalam kelas.