msen

Panggilan Untuk Menghadiri Interaksi Ogos Bagi PDPLI (KDC) Ambilan November 2017

Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan diminta hadir ke interaksi Ogos 2018. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh Pendaftaran Asrama: 17.08.2018 (Jumaat / 2.00 petang - 8.00 malam)
Tarikh Taklimat Penyelaras: 18.08.2018 / 8.00 pagi di Dewan Sri Samarahan
Tarikh Interaksi: 18 Ogos 2018 (Sabtu) – 26 Ogos 2018 (Ahad)
Masa Interaksi: 7.30 pagi -10.00 malam

2. Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat tambahan, sila berhubung dengan Penyelaras Program iaitu Ustaz Ahmad Khairudin Bin Taha (No. Tel : 013-5619647).

3. Kehadiran adalah WAJIB.

Surat Panggilan Interaksi Ogos - PDPLI Ambilan Nov 2017 boleh dimuat-turun di sini

 

Jadual Waktu Semester 2 Tahun 2018 Versi 1.0

Jadual Waktu Semester 2 Tahun 2018 Versi 1.0 telah dimuatnaik untuk rujukan para pelajar dan para pensyarah. Jadual baru ini akan berkuatkuasa pada 25-06-2018.

Untuk melihat / muat turun Jadual Waktu Semester 2 Tahun 2018 yang terkini, sila klik Muat-Turun > Jadual Waktu > Jadual Waktu 2018 - Semester 2

Pertandingan Video Transformasi Pendidikan Malaysia Menjelang 2050

Syabas & tahniah kepada kru produksi IPGKTAR kerana memenangi Tempat Kedua (Kategori 3) Pertandingan Video: "Transformasi Pendidikan Malaysia Menjelang 2050"

Video tersebut boleh ditonton di https://youtu.be/73NR-3SFwQw

Tempat Kedua (Kategori 3) Pertandingan Video: Transformasi Pendidikan Malaysia Menjelang 2050

Kejohanan Tenis Piala Pengarah IPGK Zon Sabah Dan Sarawak 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa IPGK Tun Abdul Razak akan menjadi tuan rumah Kejohanan Tenis Piala Pengarah IPGK Zon Sabah & Sarawak 2018 pada 11-13 Julai 2018. Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua pensyarah, pegawai pengurusan dan anggota kumpulan pelaksana IPGK Zon Sabah & Sarawak. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dokumen Kejohanan Tenis Piala Pengarah IPGK Zon Sabah Dan Sarawak 2018 

Persembahan Muzik Etnik Sarawak IPGKTAR di Festival dell’Oriente, Rome, Italy

 Persembahan Muzik Etnik Sarawak di Festival dell’OrienteTahniah diucapkan kepada pasukan IPGKTAR yang telah berjaya membuat Persembahan Muzik Etnik Sarawak di Festival dell’Oriente, Rome, Italy. Untuk berita lanjut, sila layari http://www.theborneopost.com/2018/05/01/invaluable-italian-trip-for-ipg-tun-abdul-razak-team/