Bayam Brazil

Bayam Brazil atau Brazillian Spinach, nama saintifiknya Althernanthera Sissoo akhir-akhir ni dah semakin popular di negara kita, namun ramai yang tidak tahu tentang khasiatnya

Ia tidak berlendir serta daunnya yang hijau amat sesuai untuk dijadikan hidangan sebagai salad, ulam serta masak tumis dan banyak lagi resepi lain yang mudah disediakan. Teruskan membaca “Bayam Brazil”

Bunga Raya

Bunga raya oh bunga raya!

Salam di alam maya. Bertemu kembali membicara tentang sejenis tumbuhan yang amat signifikan dengan rakyat Malaysia. Hibiscus rosa-sinensis nama saintifik yang diberikan kepada tumbuhan istimewa ini. Tumbuhan ini terletak dalam famili Malvaceae, genus Hibiscus. Disebut sahaja bunga raya,tidak keterlaluan jika dikatakan semua orang Malaysia mengenalinya. Manakan tidak bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Imej yang tergambar dalam fikiran setiap individu mungkin berbeza-beza. Hibiscus rosa-sinensis atau bunga raya yang dipilih menjadi bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga berwarna merah selapis, berkelopak 5, yang berkembang di siang hari. Menjelang senja bunga raya akan layu.

Bunga Raya
Inilah dia bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia. Gambar dipetik dari internet.
http://kembara-alam-aadk.blogspot.com/2017/08/bunga-raya-bunga-kebangsaan-malaysia.html

Teruskan membaca “Bunga Raya”

Pokok Cempaka

Bertemu kembali di alam maya, membincangkan tentang tumbuhan yang ditanam di Taman Etnobotani (TE) IPGKTAR.

Di TE, terdapat pelbagai jenis tumbuhan berbunga mempunyai ciri yang menarik seperti bau wangi. Cempaka ialah sejenis tumbuhan berkayu yang mengeluarkan bunga berbau wangi. Tumbuhan ini bertumbuh sehingga mencapai ketinggian 30 meter.

Michelia alba ialah nama saintifik bagi cempaka putih. Terdapat variasi berbunga kuning dan merah iaitu Michelia champaca.

Teruskan membaca “Pokok Cempaka”

Bunga Keembung

Bunga Keembung

Keembung atau nama botaninya impatiens balsamina adalah sejenis pokok tanaman hiasan yang boleh bertumbuh di kawasan beriklim tropika ataupun sederhana. Dikenali juga dengan nama bunga Tabo, Inai Air (melayu) dan Garden Balsam (Inggeris), keembung adalah tumbuhan semulajadi di negara India dan Myanmar.

Keembung adalah pokok jenis herba. Batangnya mempunyai banyak air dan menghasilkan beberapa dahan kecil. Daun pokok keembung adalah jenis ringkas, susunannya berselang-seli dan berbentuk mata lembing. Di kedua-dua hujung daun adalah runcing dan bergerigi halus. Daunnya juga bertangkai pendek. Bunga keembung dihasilkan secara tunggal atau beberapa bunga pada tangkai jambak bunga. Ia dihasilkan di ketiak daun. Mempunyai bunga pelbagai warna seperti putih, kuning pucat, merah jambu, merah dan ungu. Lazimnya bunga keembung mempunyai lima kelopak tetapi ada jenis yang berganda.

Teruskan membaca “Bunga Keembung”

Daun Pudina

Bertemu kembali di laman Etnobotani. Siapa tak kenal pudina atau pernah menggunakan produk terhasil campuran pudina. Paling tidak ramai pernah menggunakan ‘ubat gigi’ (tooth paste) yang berperisa pudina. Emmm… pokok pudina, mungkin ada yang tidak berpeluang mengenali secara dekat, apatah lagi menanamnya. Bahagian pudina yang paling dikenali ialah daun kerana ternyata bahagian inilah yang digunakan dengan kerap sama ada sebagai herba tambahan dalam masakan atau perawatan.

Pokok pudina yang ditanam di TE
Pokok pudina yang ditanam di TE

Pudina terletak dalam Famili Lamiaceae, genus Mentha. Genus Mentha terdiri daripada 25 spesies herba beraroma. Tumbuhan ini berupa tumbuhan asal Eurasia, Amerika Utara, Afrika Selatan dan Australia. Ia tersebar luas di kawasan temperat. Dalam keadaan semulajadi berlaku juga hibrid antara spesies pudina yang menghasilkan varieti baharu pudina. Contohnya, Mentha ×piperita ialah hibrid Mentha aquatica dengan Mentha spicata.

Teruskan membaca “Daun Pudina”