Limau Nipis

Limau nipis (nama botani: Citrus aurantifolia) merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini, ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.

Limau Nipis
Pokok Limau Nipis

Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mi rebus, mi bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.

Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.

Khasiat & Kebaikan Limau Nipis

Khasiat limau nipis memang tidak dapat disangkal lagi. Dengan kandungan vitamin B yang terdapat pada limau nipis, ianya memang terbukti boleh mendatangkan kebaikan buat fizikal kita.

Limau nipis selalu dikaitkan dengan perubatan tradisional atau perubatan Islam. Ia juga digunakan sebagai bahan di dalam produk kecantikan untuk rawatan kulit, wajah dan rambut. Malah ia juga dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit seperti batuk, radang serta melancarkan sistem pencernaan.

1. Khasiat Limau Nipis Untuk Rambut

Mengatasi masalah rambut gugur – Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.

Menghilangkan kelemumur – Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan.

2. Khasiat Limau Nipis Untuk Wajah

Menghilangkan jerawat – Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.

Menghilangkan bintik hitam – Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.

Mengecilkan pori-pori – Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.

Menghalus dan mencerahkan kulit – Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.

3. Khasiat Limau Nipis Yang Lain

Menghilangkan bau ketiak – Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.

Membersih dan mencantikkan kuku – Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya!

Melegakan ketegangan otot – Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang.

Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut

Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C

Sumber rujukan :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Limau_nipis
https://animhosnan.blogspot.com/2012/04/khasiat-limau-nipis.html

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *