Belimbing Buluh

Secara saintifik, belimbing buluh dikenali sebagai Averrhoa Bilimbi L (bahasa Latin). Tanaman asli ini berasal daripada Amerika Syarikat. Tanaman ini pertama kali dipertemukan di kepulauan Maluku, Indonesia. Ia dikembangbiakkan serta tumbuh di beberapa buah kawasan seperti di Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Myanmar dan juga Malaysia.

Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.

Perubatan tradisi

Belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisi moden. Jus buah ini dikatakan sebagai berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat, kegatalan, bengkak dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.

Banyak kajian yang dilakukan terhadap buah belimbing buluh kerana kepekatan rasa masam yang terkandung dalam buah tersebut. Buah ini juga mengandungi nutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Antara kandungannya ialah protein, kalsium, fosfor, zat besi dan beberapa jenis vitamin.

Di sebalik rasa masam, buah ini bermanfaat untuk mengubati penyakit seperti anti-radang, diabetes, dan lain-lain. Selain itu, ia juga sangat istimewa kerana digunakan sebagai perencah dalam masakan dan campuran ramuan jamu.

Belimbing buluh jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam, namun biasanya buah yang hampir masak dicampur sebagai ramuan dalam sambal belacan atau dibuat jeruk. Enak juga dicampur dalam masakan seperti udang masak lemak cili api atau kari ikan. Malah sedap juga di makan bersama garam dan cili, bagi peminat buah asam pasti terliur

Sumber rujukan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Belimbing_buluh
https://malay.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=886391
http://animhosnan.blogspot.com/2015/06/belimbing-buluh-apa-khasiatnya.html

Satu pandangan di “Belimbing Buluh”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *