Pegaga

Pegaga Salad

Taman Etnobotani IPGKTAR menyimpan banyak khazanah warisan berupa tumbuhan herba sama ada untuk sajian atau kegunaan pengubatan. Salah satu tumbuhan herba yang meluas digunakan dalam kalangan masyarakat dunia ialah pegaga. Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica (L) Urban juga dikenali sebagai Asiatic Pennywort, Gotu Kola, Ching Chow Sui adalah dariĀ  Famili Umbelliferae. Herba ini boleh didapati dengan meluas di kawasan lembab dan redup. Dipercayai berasal India dan tercatat dalam sejarah perubatan ayuvedik.

Dalam taman ini, terdapat empat variasi pegaga, iaitu pegaga kerinting/pegaga nyonya, pegaga biasa/ubi, pegaga daun lebar dan pegaga salad.

Pegaga Nyonya
Pegaga Nyonya

Pegaga Ubi Biasa
Pegaga Ubi Biasa
Pegaga Daun Lebar
Pegaga Daun Lebar
Pegaga Salad
Pegaga Salad

Kegunaan
Keseluruhan bahagian pegaga dari akar hingga daun boleh dimakan sama ada dimasak atau dimakan mentah.

Menurut WHO pegaga terbukti berkesan meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Ia dipanggil makanan otak kerana dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan gejala disebabkan tekanan, meningkatkan tindakbalas dan menambahkan kekuatan fizikal dan mental.

Ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi , mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan menyingkirkan bahan toksik.
Pegaga memberi kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia menunjukkan kesan yang memberangsangkan bg merawat kaki kejang,bengkak kaki dan masalah kaki berat dan kebas.

Pegaga boleh dijadikan menu masakan seperti sayur,dan kerabu selain dibuat ulam. Di Malaysia, pegaga biasanya dijadikan ulam bagi menaikkan selera. Ia juga boleh dijadikan jus.

 

Resipi untuk dicuba:

JUS PEGAGA MADU

Akar, Batang & Daun Pegaga Madu- Dibasuh bersihkan
3 sudu madu lebah
Sedikit gula – ikut suka
Beberapa ketul ais
Air mineral secukupnya

Cara Penyediaan:

Kesemua bahan diblend halus. Tapis dan hidangkan. Elok untuk minum pagi dan malam.

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *