Markisa (Passion fruit)

Markisa atau buah susu ialah sejenis tumbuhan menjalar yang hidup subur  dalam Taman Etnobotani (TE) IPGKTAR. Pokok ini ditanam dari biji benih hampir setahun lalu. Setelah sekian lama menunggu, ia baru mula mengeluarkan hasil yakni berbuah pada awal Februari 2017.  Alhamdulillah, berkat berbudi pada tanah, lambat laun dapat juga menikmati hasilnya. Pokok yang ditanam dalam TE ini agak lambat sedikit mengeluarkan buah, barangkali sebab di peringkat awal perkembangan pertumbuhannya agak lambat. Faktor tanah memainkan peranan penting, iaitu markisa kurang menggemari tanah bertakung air. Pembajaan juga penting bagi menjamin pokok ini berbuah. Baja foliar umpamanya menjadikan pokok tumbuh merimbun dan berdaun lebat. Bagi memastikan ia berbunga dan berbuah, pokok mesti diberi baja yang meggalakkan pembungaan dan penghasilan buah.

Tanaman Markisa yang terdapat di TE. Tumbuhan ini jenis memanjat, makanya perlulah disediakan pagar atau para. Kalau terbiar menjalar atas tanah tak sesuai. [email protected] pula haruslah kuat bagi menampung beratnya.

Teruskan membaca “Markisa (Passion fruit)”

Pokok Kesum

Sebagaimana kebiasaannya saya akan berjalan-jalan di taman ini memerhati tumbuhan sebagai menghilangkan sedikit rasa sengal setelah agak lama duduk di kerusi atau sekadar menghilangkan lelah mata sepanjang hari menghadap skrin komputer. Kali ini saya terpandang pokok kesum yang hidup subur di bawah rimbunan pokok turi, pokok bakawali serta pokok delima.  Biasanya tumbuhan ini perlu ditanam di kawasan tanah lembab atau sedikit berair.  Banyak juga yang boleh diperkatakan tentang herba ini sama ada berkaitan dengan nilai perubatan atau penambah selera dalam masakan.

Kesum nama yang sinonim dengan pelbagai masakan  Melayu dikenali dengan nama saintifiknya Polygonum minus dari keluarga Polygonaceae.   Teruskan membaca “Pokok Kesum”

Pokok Kedondong

Selamat bertemu kembali melalui laman maya. Saya masih mencari-cari apakah tumbuhan dalam taman Etnobotani yang sesuai untuk diketengahkan. Terdapat begitu banyak tumbuhan yang menarik untuk dikongsikan. Menyedari hakikat saya bukanlah pakar tentang tumbuhan tetapi berbekal sedikit pengetahuan asas dan minat saya usahakan meneroka penulisan sama ada di alam maya atau alam realiti bagi memperoleh sedikit maklumat untuk dikongsikan di sini.

Kali ini saya terpanggil memilih Kedondong atau juga dikenali sebagai Ambra dalam kalangan masyarakat di utara Semenanjung Malaysia.  Nama saintifik kedondong, Spondias cytherea dari famili Anacardiaceae.  Penanamannya agak mudah sama ada dari biji benih, tut atau cantuman. Pokoknya boleh mengeluarkan buah  seawal satu tahun sehingga empat tahun. Berdasarkan pemerhatian pokok kedondong yang ditanam di Taman Etnobotani IPGKTAR mula menghasilkan buah sekitar tiga tahun selepas ditanam. Teruskan membaca “Pokok Kedondong”

Pegaga

Taman Etnobotani IPGKTAR menyimpan banyak khazanah warisan berupa tumbuhan herba sama ada untuk sajian atau kegunaan pengubatan. Salah satu tumbuhan herba yang meluas digunakan dalam kalangan masyarakat dunia ialah pegaga. Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica (L) Urban juga dikenali sebagai Asiatic Pennywort, Gotu Kola, Ching Chow Sui adalah dari  Famili Umbelliferae. Herba ini boleh didapati dengan meluas di kawasan lembab dan redup. Dipercayai berasal India dan tercatat dalam sejarah perubatan ayuvedik.

Dalam taman ini, terdapat empat variasi pegaga, iaitu pegaga kerinting/pegaga nyonya, pegaga biasa/ubi, pegaga daun lebar dan pegaga salad.

Pegaga Nyonya
Pegaga Nyonya

Teruskan membaca “Pegaga”

Penubuhan Pusat Interaktif Sains dan Taman Etnobotani IPGKTAR

Penubuhan TE IPGKTAR adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi dari nenek moyang kita dahulu. Dengan itu ia dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar dan masyarakat setempat tentang tanaman-tanaman herba serta khasiat dan kegunaannya kepada masyarakat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Taman Etnobotani, sila muat-turun dokumen berikut. Pusat Interaktif Sains dan Taman Etnobotani IPGKTAR