REPOSITORI DOKUMEN

Soalan Lazim

Permohonan Menjadi Pensyarah

1. Dimanakah saya boleh buat permohonan sekiranya saya berminat untuk menjadi pensyarah di IPG ini?

Jawapan: Untuk menjadi pensyarah di IPG, anda perlu mengisi borang permohonan yang ada disediakan. Borang tersebut boleh didapati di Unit Perkhidmatan di mana-mana IPG kampus. Borang yang telah dilengkap isi hendaklah diserah ke IPG kampus pilihan anda beserta salinan sijil/dokumen yang telah diperakui sah. (senarai sijil/dokumen ada dinyatakan dalam borang.

 

Permohonan Mengikuti Pra Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)

1. Saya berminat untuk menjadi seorang guru. Bagaimanakah cara-cara memohon mengikuti latihan perguruan di IPG?

Jawapan: Permohonan mengikuti latihan perguruan adalah menerusi Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di www.moe.gov.my. Anda perlu membeli No Pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. 

 

2. Bila tawaran kemasukan latihan perguruan dibuka?

Jawapan: Biasanya beberapa minggu sebelum keputusan SPM diumumkan. Tuan/Puan boleh merujuk akhbar tempatan dan media massa yang lain.

 

3. Apakah had umur mengikuti latihan perguruan PPISMP?
Jawapan: Umur pemohon tidak boleh melebihi 20 tahun pada 30 Jun tahun semasa.

Carian

Seminar Akan Datang

Aplikasi Dalam Talian

Aplikasi Intranet

Panduan Akademik

Format Penulisan Kerja Kursus

       mikromqa