REPOSITORI DOKUMEN

Amalan EKSA & Kumpulan KIK IPGKTAR Mendapat Pengiktirafan Sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sarawak, 2017

Pada 17 hingga 19 Oktober 2017 bertempat di Hotel Pullman Miri Waterfront, telah berlangsung Konvensyen Amalan Persekitaran Kondusif (APK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak tahun 2017. Sebanyak 14 agensi telah menyertai konvensyen tersebut yang dianjurkan oleh Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri, Jabatan Ketua Menteri. Konvensyen ini diadakan sebagai usaha untuk mengetengahkan dan mengiktiraf keberhasilan amalan kondusif penjawat awam di Sarawak. Kumpulan EKSA dari IPGKTAR telah diwakili oleh Cik Zaliha Musa, Pn. Shamsiah bte Muhammad, Pn. Dyg Sinarwaty Hidayat bte Abg Abu Bakar, En. Saimon Hajmi dan En. Mohd Shukuri bin Norizan.  Di akhir konvensyen ini, EKSA IPGKTAR telah diiktiraf dengan anugerah empat bintang.

Sejak memperoleh sijil EKSA pada tahun 2016, IPGKTAR telah terus mengorak langkah bagi memantapkan amalan EKSA melalui pelbagai aktiviti. Antaranya ialah amalan Go Green seperti mengadakan signage penjimatan tenaga, elektrik dan air. Amalan ini telah memberi kesan ke atas penjimatan penggunaan utiliti elektrik dan air di IPGKTAR.

Di samping itu, amalan EKSA turut memberi kesan ke atas produktiviti, kualiti, sistem penyampaian, keselamatan, moral dan kos seperti ditunjukkan pada purata nilai min diperolehi di mana majoriti responden menyatakan setuju (skala 3) dan sangat setuju (skala 4) bahawa amalan EKSA telah memberi kesan ke atas aspek-aspek tersebut.

Pada tarikh yang sama, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Sarawak turut diadakan. IPGKTAR telah menghantar dua kumpulan iaitu Kumpulan Al-Kahfi yang diketuai oleh En. Muhaimi bin Suhaili dan kumpulan Phi-Star yang diketuai oleh Cik Hjh. Rosidah bte Abdollah. Kumpulan Al-Kahfi telah mengemukakan projek KIK bertajuk TABSor+ABC dan telah berjaya mendapat Anugerah Dua Bintang, manakala kumpulan Phi-Star dengan projek Santai Didik Sains berjaya mendapat Anugerah Satu Bintang.

Carian

Seminar Akan Datang

Aplikasi Dalam Talian

Aplikasi Intranet

Panduan Akademik

Format Penulisan Kerja Kursus

       mikromqa