REPOSITORI DOKUMEN

Konvokesyen IPGM KPM Kali Ke-8 Tahun 2017

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Pengarah dan seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tuan/puan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan akan menerima ijazah pada majlis konvokesyen yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh     : 27 hingga 30 Ogos 2017
Tempat   : Dewan D, MALAYSIAN AGRO EXPOSITION PARK SERDANG (MAEPS), Serdang, Selangor

(Taklimat dan Pendaftaran: sila rujuk portal konvokesyen dihttp://konvo.ipg.edu.my/2017/)

 

Sehubungan itu, pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan tuan/puan ke majlis konvokesyen tersebut.

Semua graduan yang bersetuju untuk hadir diwajibkan membuat bayaran konvokesyen sebanyak Dua Ratus Lima Puluh Ringgit (RM250). Manakala bagi graduan yang tidak dapat hadir diwajibkan membuat bayaran sebanyak Satu Ratus Ringgit  (RM100). Bayaran tersebut hendaklah dibuat melalui KIRIMAN WANG (MONEY ORDER) atas nama “PENGARAH IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK” dan dialamatkan kepada:

Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
Jalan Datuk Mohd. Musa, 94300 Kota Samarahan, SARAWAK.

Kiriman Wang ini hendaklah diserah/diposkan ke Institut ( u.p. Puan Fidyadahlia binti Horian, Unit Kewangan ) sebelum atau pada 10 Ogos 2017. Bayaran secara tunai tidak dibenarkan.

SILA AMBIL TINDAKAN BAGI PERKARA-PERKARA BERIKUT:
1. Sila buat PENGESAHAN KEHADIRAN sebelum 10 Ogos 2017 melalui Portal Konvokesyen.
2. Sila muat turun DOKUMEN BERKAITAN KONVO, JADUAL TAKLIMAT PENDAFTARAN dan SIDANG masing-masing melalui Portal konvokesyen.
3. Sila semak status 'BERHUTANG DENGAN IPGKTAR' di sini.
4. Sila isi BORANG ALUMNI IPGKTAR dan serahkan borang ini semasa hari pendaftaran mengikut sidang masing-masing.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian 082-673700.  Pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke majlis konvokesyen berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Carian

Seminar Akan Datang

Aplikasi Dalam Talian

Aplikasi Intranet

       mikromqa