REPOSITORI DOKUMEN

Peraturan Lalu Lintas yang telah ditetapkan di bawah Kaedah 35-47 AKTA 174

Semua Pelajar PISMP, PPISMP, DPLI, PPG, PGSR, KDPM-KDC KEMAS/PERPADUAN, KPLI j-QAF, KPLI-KDC
Semua Peserta Kursus Dalam Perkhidmatan


Semua pelajar dan peserta kursus adalah diingatkan untuk mematuhi Peraturan Lalu Lintas yang telah ditetapkan di bawah Kaedah 35-47 AKTA 174 melalui Surat Rujukan IPTAR/HEP/144/18 (45) bertarikh 7 September 2012 dan berkuatkuasa serta merta.

Sehubungan itu, anda adalah DILARANG untuk meletak kereta di kawasan lot pakir untuk Pensyarah dan kakitangan IPGKTAR yang sedia ada iaitu di Bahagian Blok Pentadbiran, Pusat Sumber dan Kantin.
 
Kawasan lot pakir untuk pelajar dan peserta kursus telah disediakan adalah di kawasan lot pakir Pusat Islam, Dewan Sri Samarahan, Gimnasium dan Astaka, dan Asrama.

Bagi pelajar yang belum mendaftar kenderaan, sila berbuat demikian dengan segera dengan mengisi borang permohonan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Kerjasama daripada semua pelajar dan peserta kursus untuk mematuhi peraturan demi mewujudkan suasana yang harmonis dan kondusif dalam institut amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Carian

Seminar Akan Datang

Aplikasi Dalam Talian

Aplikasi Intranet

Panduan Akademik

Format Penulisan Kerja Kursus

       mikromqa