REPOSITORI DOKUMEN
  • image
  • image
  • image
  • image
Previous Next

Persidangan Kebangsaan Budaya Berfikir 2017

PEMIKIR ARAS TINGGI PENDIDIKAN ABAD KE-21 BERKAMPUNG DALAM
PERSIDANGAN KEBANGSAAN BUDAYA BERFIKIR 2017


Cenderamata kepada YB Dato Sri Michael Manyin dan bergambar kenangan bersama sebahagian kecil peserta persidangan

KOTA SAMARAHAN, 01 NOV – Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) mengambil langkah mendepani perkembangan pendidikan semasa dengan menganjur Persidangan Kebangsaan Budaya Berfikir 2017 pada 01 hingga 03 November 2017 bertempat di Dewan Sri Samarahan, IPGKTAR. Persidangan ini telah menghimpunkan ramai cendekiawan yang melibatkan 3 ucaptama, 4 pembentang undangan, 42 pembentang kertas kerja dan 210 orang peserta.

Ucaptama pertama disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Director of Inspiring Authentic Benevolence Global (IAB Global), ucaptama kedua disampaikan oleh Dr. Clarry Sada dari Universitas Tanjungpura, Pontianak. Kalimantan Barat, Indonesia dan ucaptama ketiga disampaikan oleh Dr Gamal Abdul Nasir Bin Haji Zakaria dari Universiti Brunei Darussalam. Pembentangan tokoh-tokoh ini berkisar pada tema persidangan iaitu “Memperkasakan Budaya Berfikir Aras Tinggi Pendidikan Abad Ke-21”.

Majlis Pembukaan Rasmi telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Michael Manyin Jawong; Menteri Pendidikan, Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak dalam suasana penuh akademik. Inti pati ucapan YB Dato Sri berkaitan pemugaran kemahiran berfikir dalam sistem pendidikan. Guru-guru harus mempunyai pemahaman yang tinggi tentang KBAT, dan mencungkil budaya berfikir dalam bilik darjah dengan menekankan empat elemen iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. YB Dato Sri juga berharap guru-guru dapat memotivasikan diri dan murid-murid dalam membangunkan bangsa Malaysia yang tinggi dan matang tahap pemikiran mereka. Persidangan diteruskan dengan sesi selari selama 3 hari dengan 42 kertas kerja dibentangkan oleh ahli akademia peringkat kebangsaan.

Carian

Seminar Akan Datang

Aplikasi Dalam Talian

Aplikasi Intranet

Panduan Akademik

Format Penulisan Kerja Kursus

Web Mobile

Imbas Kod QR untuk capaian mobile.

Bilangan Pelawat

       mikromqa